Monday, August 16, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pengenalan

Tidak dinafikan bahawa teknologi komputer boleh menjadi wadah utama perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia mampu menjadikan proses pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak lebih menarik, meluas dan mengkagumkan.
Bagaimanapun, antara isu utama yang sentiasa menjadi agenda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ialah dari segi keberkesanan pembelajaran berbantukan elemen multimedia.

Penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak dalam sessi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian dapat membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap seseorang kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk awal kanak-kanak tidak boleh terlalu berat dan ia haruslah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak tersebut.


PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Selain penggunaan ICT untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pembelajaran untuk awal kanak-kanak juga terus digalakkan. Pada mulanya, penggunaan ICT ini mendapat pandangan negatif dari para pendidik kerana mereka bimbang penggunaan ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap pemikiran kanak-kanak tersebut. Kerana perkembangan semasa, pandangan para pendidik telah berubah kerana mereka sudah mula memikirkan akan kelebihan penggunaan ICT.

Penggunaan bahan ICT agak terkenal di negara-negara barat dan keberkesanannya amat maju. Aktiviti seperti nyanyian, menggabungkan pembelajaran dengan menggunakan sofware atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Mereka juga boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001).

2 comments:

  1. kanak-kanak cuma byk tau tentang games internet jee....

    ReplyDelete
  2. betul tue..mmg tak dinafikan itulah salah satu kelebihan games..lebih menarik dan ada efek yang canggih melebihi carian maklumat dan ilmu pengetahuan..kadang2 kita sendiri pun teruja dgn games nie...maknanya keberkesanan terhadap carian maklumat utk awal kanak-kanak masih kurang berjaya jd semasa di prasekolah lg guru harus terapkan bahan atau carian ilmu yang menarik yang sama seperti games.

    ReplyDelete